Kesihatan dan kematian Omar Othman

Beliau telah didiagnosis menghidap kanser usus yang seterusnya merebak ke hati, prostat dan buah pinggang yang menyebabkan kesihatannya merudum sejak tahun 2019.[2]

Pada hari Selasa, 4 Februari 2020, beliau telah menjalani sebuah pembedahan di Pusat Perubatan Kuantan (KMC), Indera Mahkota[4] sebelum dibenarkan pulang pada hari Sabtu, 8 Februari. Namun, beliau terpaksa digegaskan semula ke unit rawatan rapi (ICU) hospital yang sama pada malam tersebut akibat sesak nafas. Dua hari kemudian pada hari Isnin, 10 Februari pukul 6.52 pagi, beliau telah meninggal dunia di hospital tersebut.[2]

Jenazah beliau telah dibawa ke Masjid Medan Tok Sira, Kuantan untuk disembahyangi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas solat Zuhur.[3] Antara yang menziarahi jenazah beliau ialah Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail iaitu Menteri Besar Pahang.[5]